Terima kasih Tinggalkan Link anda

Thursday, September 30, 2010

Suka Duka Syawal 2010

Salam lebaran pada 21syawal...lama dah tak update nie blog lah,sibuk kerja luar,kerja lain,lain-lain dan macam-macam lagi.Tahun ini saya berhari raya dirumah mertua(sg nyiur,trong,Perak) alhamdulilah berhari raya bersama-sama ipar2.Tak ada masalah tu semua pasal semua dalam negeri Perak juga,jalur Transnasional Astara menjadi sibuk sama juga dengan jalan raya hehe,saya hanya sekali dua je masuk bertanya khabar rakan-rakan yang lain hanya monitor sahaja,selebihnya masuk Parts,Terima kasih..dan juga dengan Rig baru,berbaloi-baloi sesekali ikut hati,yang setia menemani sepanjan perjalanan berkunjugan ke rumah sanak saudara.

gembira berhari raya setelah sebulan berpuasa,Pulang ke rumah sendiri pun sama juga..bersama-sama dengan adik beradik mengunjugi rumah saudara-saudara yang terdekat tak lupa juga pada rakan-rakan yang buat rumah terbuka(tq En.hafiz) , tu pun tak abis jumpa lagi rakan-rakan tah mana pegi nyer.






Dalam suka-suka berhari raya,ada kisah duka yang menjadi sejarah keluarga kami,mengenai adik saya yang melahirkan anak nya yang mengalami kerosakan buah pinggag,akibat kerosakal itu melemahkan badan,akhirnya meninggal dunia..hanya seminggu sahaja dapat bernyawa,saya rasa macam kehilangan yang .... tah tak tau nak di zahirkan macam mana,saya harap adik saya tabah menghadapi dugaan ini,Al-fatihah kepada Nur Zahraah Fitri.



Innalillah wa ina ilahirajiun...perginya Nur Zahraa Fitri bt Mohamad Hazizi (anak adik saya Sarianum Salwa bt Zamri, pd usia 7 hari) ke sisi Mu Ya Allah...dgn wajah suci bersih setulus kain putih pd 2:35am @ 21hb September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431H akibat kegagalan buah pinggang utk berfungsi (kidney failure)
(dari Fb kakak saya)


adoi sedih-sedih..tapi yang hidup perlu diteruskan..jumapa dan jumpa lagi

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI






 Salam semua...Saya sekeluarga mengucapkan Selamat hari Raya aidilfitri pada tahun 2010 kepada semua rakan-rakan, Mintak ampun dan maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah secara sengaja atau pun tidak
kepada yang pulang memandu di jalan raya..hati-hati dan beringatlah kepulangan anda dirayai..peringatan ini jugak kepada saya hehhe..

kali ini saya beraya dengan 'pesawat' baru TM-271 alhamdulilah..syukur
pagi raya tahun ini saya beraya di rumah mertuaku di Trong,Taiping..yang best nyer lagi masih lagi dalam negeri Perak hehhe

akhir kata..jumpa dan jumpa lagi selamat hari raya aidilfitri

9w2aet...73


Monday, September 6, 2010

04 hingga 05.09.2010 punya cerita..

04.9.2010
Alhamdulilah, sempat saya bersama xyl tercinta ke majlis berbuka puasa bersama-sama dengan rakan2 Radio Amatur anjuran Astra-Tengah, bersalaman dengan 9m2gtr,9w2mdy,9w2dno,9w2edy,9w2msg,9w2eee,9w2dol......berita penuh di blog 9w2dol ..dan lain-lain lagi yang selepas itu kerana saya balik awal, tidak berkesempatan nak berTango-tango hingga tamat majlis. Niat lepas balik dari majlis mahu ke Sek 24 Shah Alam mencari Uptown le, jalan pulak malam-malam dengan keadaan renyai-renyai aduh payah jugak.
Berpusing-pusing mencari Sek 24 ni...ada juga telefon rakan yang lain bertanyakan jalan tapi hampa, rakan ke trawih..tapi takpa..kita pusing2 lagi..huh akhirnya balik ke rumah jua.Bila tanyakan jalan kesana Broder pam minyak shell tu cakap kalau sekarang pergi jalan dah sesak(jam waktu itu 10.30pm).Jadi tak gi lah cakap pada xyl esok pagi2 lagi kite pergi Mines cari kasut dan terus ke Nilai 3 mencari tudung

05.9.2010
Masa sahur On radio, ada check net sahur..tapi monitor je berita mengenai pak madi kemalangan, eh nape pulak semalam sihat je..tup2 dengo berita dah masuk ke hospital Klang,patah tulang rusuk jugak lah..berita penuh di Astra-Tengah...  ok sambung balik cari kain baju raya lah di Mines, awal pagi dah di Mines jam 10.30am dah tepacak disana bersama xyl tercinta hehe bersinar-sinar mata parking senang je.Hasil tangkapan pembelian baju,baju anak sedar di F.O.S ,kasut wanita dan  Hp CSL (Rm69)hehe jadi le ganti kan hp yang tak nampak skrinn dah hampeh tui bape lame rosak dah.
kemudian lanjut ke Nilai 3,mencari tudung pulak..penat kemain dengan keadaan sesak huhu betui-betui raya nie..tapi tu hanya isteri punya barang yang lengkap tapi saya..belum lagi uuu uuuu

sabar-sabar..takpe-takpe kite nak beli barang best punya....

73 dulu...

Thursday, September 2, 2010

Program Mesra Bersama 9M4RBC

Tarikh: 4 / 9 / 2010 (Sabtu)
Masa: Bermula 6:30pm
Tempat: Clubhouse ASTRA Wilayah Tengah
No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor






Aturcara:
7pm - 10pm : Berbuka, Solat Maghrib & Isyak, Terawih..
after 10pm : Eyeball





Konsep:

1) Potluck - sila bawa juadah berbuka sekadar yang termampu.. Air minuman disediakan.
2) lite & easy..
3) berkebajikan...

Mari sama-sama meramaikan majlis berbuka puasa..bersalaman sesama rakan-rakan sebelum tibanya bulan syawal

 kredit to : http://astra-tengah.blogspot.com/