Terima kasih Tinggalkan Link anda

Saturday, December 25, 2010

Sibuk ke??

 Hanya hiasan sahaja..hehe

Assalamuikum semua..

Yang pertama sekali, ingin ucapkan selamat menyambut awal muharam, walau pun dah 2 minggu kita tinggalkan ia akan tetap di ingati setiap tahun, yang lama kita jadikan sejarah dan kita buka lembaran baru, ia akan dijadikan pengalaman sepanjang kehidupan yang seterusnya hehe amboi-amboi ayat, ia sebagai peringatan juga untuk diri sendiri. Dan 1 muharram juga detik bersejarah, terimanya ahli kelurga baru( dapat adik ipar ) tahniah kepada pengantin baru moga2 dipanjangkan jodoh dimurahkan rezeki, amin...

Dan yang keduanya, cuti sekolah amboi ramai juga yang akan melangkah ke alam dewasa le, hehe kasi potong..potong..potong , berkhatan juga antara aktiviti musim cuti sekolah, tapi sekarang nie dah canggih le, ape ada hal tak sampai 2 minggu boleh pakai seluar dah, idak ke bentan kome?? hai entah le, deme tak rase nyilu2 kot kan..

Dan yang ketiga dan terakhir..kepada rakan-rakan yang ambil RAE seluruh Malaysia harap-harap nya lulus, boleh le memancor dan menabah kenalan, gunakan lesen yang ditauliahkan sebaiknya..tu saje le idak le teman nak nulis lagi udah abis idea le kikiki..moga2 jumpa lagi

Tuesday, November 16, 2010

Sekian Lama..


Salam AidilAdha kepada rakan2 semua,

lama sungguh lah tak update blog nie hehe..asik dengan kesibukan sendiri serta dengan kerja lagi dari utara ke selatan terus ke timur dan balik ke tengah semula semua tu atas urusan kerja dan lain2, dalam sebulan yang lepas macam-macam berita kita dengar mengenai banjir di kawasan utara perlis,kedah(tahniah kepada rakan2 yang menyalurkan bantuan) ada juga yang terkorban dan rosak tempat tinggal, dugaan semua itu harap tabahkan hati kuat kan semangat dan juga saudara kita di seberang selat melaka kejadian gunung merapi yang mengorbankan lebih daripada 200 mangsa, bila tengok kejadian gunung merapi itu meletus secara langsung di majalah 3 patut lah ramai yang tak sempat melarikan diri sememangnya laju asap panas itu keluar.


Tidak lupa juga kepada adik-adik kecil yang mendapat 5A tahniah, jangan masa UPSR sahaja dapat cemerlang,ia harus di kekal kan hehe..kepada yang menduduki SPM/SPM(V) sudah bersiap sedia kah??

sekian sahaja dari saya buat masa ini, coretan ketika kelapangan sahaja...

cherio 73

Wednesday, October 6, 2010

langkah kanan akhir bulan syawal : alhamdulilah..

Salam semua..minggu lepas saya balik kampung bersama dengan isteri tercinta,selepas je melepasi lampu tukar ganti simpang empat hutan melintag, ada panggilan dari 9w2VTT ( tetiba je tepon macam tau2 jer ada kawasan t.intan nie) hehe rupa nya ingin menyampaikan jemputan rumah terbuka 9w2EKT(bang edy) yang berada di ulu dedap pada 2.1.2010,saspen jer..hehe alhamdulilah rezeki nie,kata nya ramai juga rakan-rakan akan turun..ha kire jadi lah,saya balik kampung pun ada kenduri di kampung gajah,elok juga tue singgah-singgah bersalaman di daratan bersama tuan rumah 9w2EKT.

Tuan rumah cakap majlis bermula 8.00mlm,lepas je magrib bertolak lah ke ulu dedap,rupanya dekat je dari pekan kampung gajah hehehe tetapi jalan gelap dengan tepian tali air.kejap je ropenyer  heheheh

Dari kiri : abg zol,9w2TGA,9w2EKT(Tuan Rumah),9w2AET dan 9w2BJR



ramai juga tetamu yang hadir, antaranya dari kampung gajah. ipoh,kawasan manjung serta kawasan tengah..walaupun jauh,alhamdulilah selamat sampai.
 terima kasih kepada tuan rumah yang menyediakan makanan yang sedap-sedap, semoga dimurahkan rezeki lagi,amin.Dah tahu kat mana base 9w2EKT nanti boleh ler singgah lagi kacau-kacau teh, semoga berjumpa lagi.terima kasih sekali lagi dari saya sekeluarga  
73

Thursday, September 30, 2010

Suka Duka Syawal 2010

Salam lebaran pada 21syawal...lama dah tak update nie blog lah,sibuk kerja luar,kerja lain,lain-lain dan macam-macam lagi.Tahun ini saya berhari raya dirumah mertua(sg nyiur,trong,Perak) alhamdulilah berhari raya bersama-sama ipar2.Tak ada masalah tu semua pasal semua dalam negeri Perak juga,jalur Transnasional Astara menjadi sibuk sama juga dengan jalan raya hehe,saya hanya sekali dua je masuk bertanya khabar rakan-rakan yang lain hanya monitor sahaja,selebihnya masuk Parts,Terima kasih..dan juga dengan Rig baru,berbaloi-baloi sesekali ikut hati,yang setia menemani sepanjan perjalanan berkunjugan ke rumah sanak saudara.

gembira berhari raya setelah sebulan berpuasa,Pulang ke rumah sendiri pun sama juga..bersama-sama dengan adik beradik mengunjugi rumah saudara-saudara yang terdekat tak lupa juga pada rakan-rakan yang buat rumah terbuka(tq En.hafiz) , tu pun tak abis jumpa lagi rakan-rakan tah mana pegi nyer.






Dalam suka-suka berhari raya,ada kisah duka yang menjadi sejarah keluarga kami,mengenai adik saya yang melahirkan anak nya yang mengalami kerosakan buah pinggag,akibat kerosakal itu melemahkan badan,akhirnya meninggal dunia..hanya seminggu sahaja dapat bernyawa,saya rasa macam kehilangan yang .... tah tak tau nak di zahirkan macam mana,saya harap adik saya tabah menghadapi dugaan ini,Al-fatihah kepada Nur Zahraah Fitri.



Innalillah wa ina ilahirajiun...perginya Nur Zahraa Fitri bt Mohamad Hazizi (anak adik saya Sarianum Salwa bt Zamri, pd usia 7 hari) ke sisi Mu Ya Allah...dgn wajah suci bersih setulus kain putih pd 2:35am @ 21hb September 2010 bersamaan 12 Syawal 1431H akibat kegagalan buah pinggang utk berfungsi (kidney failure)
(dari Fb kakak saya)


adoi sedih-sedih..tapi yang hidup perlu diteruskan..jumapa dan jumpa lagi

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI






 Salam semua...Saya sekeluarga mengucapkan Selamat hari Raya aidilfitri pada tahun 2010 kepada semua rakan-rakan, Mintak ampun dan maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah secara sengaja atau pun tidak
kepada yang pulang memandu di jalan raya..hati-hati dan beringatlah kepulangan anda dirayai..peringatan ini jugak kepada saya hehhe..

kali ini saya beraya dengan 'pesawat' baru TM-271 alhamdulilah..syukur
pagi raya tahun ini saya beraya di rumah mertuaku di Trong,Taiping..yang best nyer lagi masih lagi dalam negeri Perak hehhe

akhir kata..jumpa dan jumpa lagi selamat hari raya aidilfitri

9w2aet...73


Monday, September 6, 2010

04 hingga 05.09.2010 punya cerita..

04.9.2010
Alhamdulilah, sempat saya bersama xyl tercinta ke majlis berbuka puasa bersama-sama dengan rakan2 Radio Amatur anjuran Astra-Tengah, bersalaman dengan 9m2gtr,9w2mdy,9w2dno,9w2edy,9w2msg,9w2eee,9w2dol......berita penuh di blog 9w2dol ..dan lain-lain lagi yang selepas itu kerana saya balik awal, tidak berkesempatan nak berTango-tango hingga tamat majlis. Niat lepas balik dari majlis mahu ke Sek 24 Shah Alam mencari Uptown le, jalan pulak malam-malam dengan keadaan renyai-renyai aduh payah jugak.
Berpusing-pusing mencari Sek 24 ni...ada juga telefon rakan yang lain bertanyakan jalan tapi hampa, rakan ke trawih..tapi takpa..kita pusing2 lagi..huh akhirnya balik ke rumah jua.Bila tanyakan jalan kesana Broder pam minyak shell tu cakap kalau sekarang pergi jalan dah sesak(jam waktu itu 10.30pm).Jadi tak gi lah cakap pada xyl esok pagi2 lagi kite pergi Mines cari kasut dan terus ke Nilai 3 mencari tudung

05.9.2010
Masa sahur On radio, ada check net sahur..tapi monitor je berita mengenai pak madi kemalangan, eh nape pulak semalam sihat je..tup2 dengo berita dah masuk ke hospital Klang,patah tulang rusuk jugak lah..berita penuh di Astra-Tengah...  ok sambung balik cari kain baju raya lah di Mines, awal pagi dah di Mines jam 10.30am dah tepacak disana bersama xyl tercinta hehe bersinar-sinar mata parking senang je.Hasil tangkapan pembelian baju,baju anak sedar di F.O.S ,kasut wanita dan  Hp CSL (Rm69)hehe jadi le ganti kan hp yang tak nampak skrinn dah hampeh tui bape lame rosak dah.
kemudian lanjut ke Nilai 3,mencari tudung pulak..penat kemain dengan keadaan sesak huhu betui-betui raya nie..tapi tu hanya isteri punya barang yang lengkap tapi saya..belum lagi uuu uuuu

sabar-sabar..takpe-takpe kite nak beli barang best punya....

73 dulu...

Thursday, September 2, 2010

Program Mesra Bersama 9M4RBC

Tarikh: 4 / 9 / 2010 (Sabtu)
Masa: Bermula 6:30pm
Tempat: Clubhouse ASTRA Wilayah Tengah
No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor






Aturcara:
7pm - 10pm : Berbuka, Solat Maghrib & Isyak, Terawih..
after 10pm : Eyeball





Konsep:

1) Potluck - sila bawa juadah berbuka sekadar yang termampu.. Air minuman disediakan.
2) lite & easy..
3) berkebajikan...

Mari sama-sama meramaikan majlis berbuka puasa..bersalaman sesama rakan-rakan sebelum tibanya bulan syawal

 kredit to : http://astra-tengah.blogspot.com/

Monday, August 23, 2010

selamat menyambut Hari kemerdekaan Malaysia - 53

Alhamdulilah..Dengan kemakmuran yang dikecapi Malaysia kini pesat membangun,harap keamanan ini berkekalan hendaknya, amin Semoga ini mengekakan keamanan ini bersama-sama sesama kaum yang pelbagai di Malaysia ini

Juga tidak lupa hasil perjuagan untuk mendapatkan keamanan ini..Syukur dapat merayakan Aidilfitri dalam suasana aman..

Jumpa lagi..73

Salam Ramadhan..


                        

Thursday, August 19, 2010

Kalau lah..

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.

Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.

Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Wallahualam...

Artikel Oleh: Akudinda
Artikel Asal: http://akudinda.blogspot.com/2009/09/kalaulah.html

Wednesday, August 18, 2010

Edit mengedit

Hari ni ke 8 Ramadhan..
masih lagi mengodek-godek  blog ni...nak edit tambah apa-apa yang patut, untuk maklumat kepada diri sendiri dan kawan yang masuk blog ni( eh ada pelawat ke) hehe. Kerja ada lagi nak buat, huh tekanan nak kira2 kotak kecik tu rilek dulu amik mood dulu jap lagi mula balik.

Wednesday, August 11, 2010

akhirnya.... tercipta blog sendiri

Salam...

Dengan terciptanya blog aku sendiri 0300 1 ramadhan 1431 H (11 ogos 2010)
.. rasa macam-macam aku nak tulis, (asik baca orang punya blog ajer...)
dengan ada nya blog ini harapa dapat menyampaikan maklumat,ilmu,dan lain-lain lagi..semoga dapat berkongsi pengalaman juga memberi manfaat yang ada kepada sesiapa yang membaca nya...



sekian

Terima Kasih....

admin 9w2aet